BAB 3


            Pagi yang indah memberikan sinar harapan yang baru buat seorang insan yang bergelar anak. Untuk membantu kedua ibubapanya mencari rezeki yang halal untuk di bawa ke Universiti. Tepat jam 5.00 pagi lagi ayu bagun untuk solat subuh.

            Usai membersihkan tubuhnya, sambil mengunggu azan subuh berkumandang jam 6.00 pagi ayu melakukan solat hajat terlebih dahulu. Begitulah rutin hari-harinya bagun jam 5 pagi solat hajat selepas itu solat subuh, barulah dia akan kedapur untuk membantu emaknya di dapur membuat sarapan untuk wannya sebelum ke kebun.

            Tapi, hari ini lain, usai solat subuh ayu segera ke dapur membantu emaknya sekali gus dia juga sudah siap berbaju kurung dan bertudung untuk pergi ke interview sebagai kerani di ‘pejabat besar’ bak kata Shaz semalam. Takut, gerun, segan semua ada dalam dada kini.

            Bunyi gauman kereta di laman rumah menandakan Shaz sudah pun berada di luar bagi bersama-sama ayu ke tempt interview itu berlangsung.

            “assalamualaikum, ayu… ooo.. ayu”

            “waalaikummusalam, shaz naik la dulu ayu tengah sarapan jom la sarapan serapan sekali”

            “eh, tak pe la mak cik… Shaz baru je sudah tadi tu mai sini terus jemput ayu”

            “oo…hah kalau macam tu duduk la dulu mak cik panggilkan si ayu ni”

            “iyalah mak cik”.

Selesai makan Ayu terus kedepan bertemu shaz sekali gus untuk bersama shaz ke Bandar untuk interview.

Tangan emaknya diraih lalu di salami dengan lembut. Manakala, si emak pula memainkan peranan mengucup lembut pipi si anak bagi memberikan semangat untuk anak ke interview itu.

            “mak ayu pergi dulu ye, doakan ayu dan shaz dapat kerja ni mak”.

            “yela.. mak sentiasa doakan yang terbaik buat anak-anak mak”.

Tersenyum shaz melihat keharmonian keluarga Irdayu, walaupun mereka tergolong dalam golongan yang kurang berpendapatan tapi hidup mereka bahagia.

            “mak cik saya pergi dulu, doakan saya jugak ye mak cik”.

            “ye lah.. in sha allah”

Usai memberi salam shaz dan ayu berangkat bersama-sama ke tempat kerja mereka.

Perjalanan ke tempat interview hanya di temani dengan kesunyian dua wanita yang seorang focus membawa kenderaan dan yang seorang lagi sibuk melayan perasaan.

            “okey dah sampai”. Kata shaz memecahakan suasana yang tadinya sunyi dan hanya di isi dengan bunyi lagu daripada stesen radio Hot fm.

            “waaa…. Boleh tahan besar jugak pejabat ni.”

            “kan aku dah cakap kat kau kan aritu, pejabat ni besar”

Keluar sahaja dari perut kereta ay uterus menapak masuk, manakala shaz pula ke tempat parking untuk parking keretanya.



            Bukk, “aduh sakitnya,”

            “woi, mata letak kat lutut ke, kalau jalan tu leklok la ni tak main rempuh je ingat badan aku ni besi ke ape?” marah suara garau itu kepada ayu yang kini jatuh terjelupuk di lantai akibat rempuhan dari belakang oleh pemuda itu.     

            ‘ish, dah la langgar orang lepas tu nak salahkan orang pulak, dia ingat aku ni apa patung cendana ke?’ bebel ayu dalam hatinya. Walau bagaimana sekali pun ayu tetap menjaga matanya untuk tidak memandang lelaki itu. Hanya lelaki itu yang mula tercengang melihat seorang wanita yang kelihatan seperti dikenalinya, tapi.. kenapa wanita itu tidak pula menegur atau marah-marah padanya. Bahkan terkedu disaat terpandang wanita ini siap berbaju kurung dan bertudung litup. Lelaki itu mula bersikap drastik dengan memengang tangan ayu.

            “sayang you menghilang? Dah lama tak datang jumpa I ni”

Serentak itu dengan secepat kilat ayu menampar pipi lelaki itu, kerana baginya seluruh anggota tubuh badannya termasuk tangan hanyalah untuk muhrimnya sahaja, bukan untuk disentuh sesuka hati oleh lelaki ajnabi.

            “kenapa you tampar I plak ni, ish”.Tanya lelaki itu dengan suara yang agak kasar kerana terkejut dengan perbuatan ayu itu.

            “Siapa benarkan encik pegang tangan saya sesuka hati encik?”. Terpacul soalan itu keluar dari mulut ayu dalam keadaan marah tanpa dia sedari. Setitik dua air matanya mulai jatuh kepipi akibat perkara yang tidak di duga itu.

            “ai,selama ni peluk pun tak kisah sekarang ni nak jadi baik pulak”. Perli lelaki itu pada wanita yang dianggap sudah dikenali lama.

            Tercengang ayu mendengar fitnah yang dilemparkan lelaki itu terhadapnya. Laju dia meninggalkan lelaki itu tanpa pamitan terlebih dahulu. Ayu mengatur langkahnya laju menuju ke sebuah bangku di ruangan rehat staf, jauh dia termenung memikirkan apa yang dikatakan oleh lelaki tadi ‘ takkan lah aku seteruk tu nak peluk-peluk, sentuh-sentuh lelaki sesuka hati ish… tak logik betul la mamat tu dia ingat aku ni apa plastik nak sentuh-sentuh sesedap rasa ish…’ ayu bermonolog sendiri di dalam hatinya kerana baginya apa saja tuduhan lelaki itu terhadapnya sememangnya 100% salah, Itu bukan prinsip hidupnya.

 Tiba-tiba ayu merasakan ada sentuhan lembut dibahunya cepat dia menangkis sentuhan itu bimbang lelaki itu kan menggangunya lagi.

            “hei, kenapa ni…” terkejut shaz melihat wajah sahabatnya yang  dan terserlah ketakutan di wajahnya.

            “ya allah, shaz lain kali bagi salam dulu boleh tak, tekejut aku”

            “kenapa ni??” soal shaz kembali.

            “tak de pape lah”. Ayu cuba merahsiakan apa yang berlaku padanya, dia hanya mendiamkan diri dan banyak termenung daripada berbual dengan shaz seperti selalu.

            “kau ni dah kenapa?, senyap je dah tu temenung sana temenung sini. Hei, kita kat pejabat kot ni datang nak interview kerja bukan nak interview drama tv hehehe”. Tempelak shaz kepada ayu yang dirasakan banyak mendiamkan diri selepas daripada dia meletakkan kenderaannya ditempat parking tadi.

            “tak de pape lah”.

            “betul ni, ke kau dah takap cintan kat mamat hensome kat sini?, hahaha..”. tergelak besar ayu dengar lawaknya itu, tidak sedar akan keberadaan dia sekarang ini.

            “ish, kau ni kalau nak gelak tu cover-cover la sikit, kita kat pejabat ni nak interview kerja, bukan nak interview maharaja lawak”. Ayu memulangkan paku buah keras kepada shaz kembali, sambil jari telunjuknya di letakkan ke bibir tanda diam.

             Mereka beriringan ke kaunter penyambut tetamu untuk bertanyakan ruangan interview yang dimaksudkan.

            “assalamualaikum, puan saya nak Tanya ruangan untuk interview jawatan kerani tu kat mana ye?”. Tanya ayu kepada salah penyambut tetamu di situ.

            “ooo.. adik Nampak tak laluan ni, lurus je, lepas tu adik belok kanan than dekat situ ada tulis nama ENCIK IRFAN YUSRI ha.. dekat situlah bilik interview, hah boleh masuk sekarang tapi jumpa kak LISA dulula”.

            “kenapa?” Tanya shaz kepada wanita itu.

            “oo.. tak kak Lisa tu secretary bos so apa-apa hal kena berurusan dengan dia dululah”. Kata wanita itu dengan sopan dan penuh menjaga tatatertibnya apabila bercakap dengan orang. Sesuailah dengan jawatannya sebagai penyambut tetamu di syarikat ini.

            “okey terima kasih puan”.

            “sama-sama dah kerja saya cik”. Kata wanita itu dengan sopan.

Ayu dan shaz beriringan menuju ke bilik yang dinyatakan dan sebelum masuk mereka harus melalui setiausaha CEO syarikat ini iaitu Puan Lisa.

            “Assalamualaikum, puan Lisa kami datang ni nak interview sebagai kerani, jadi kami harus berurusan dengan siapa ye puan?” Tanya shaz ramah kepada wanita di depan mereka itu.

            “waalaikummusalam,oo.. awak berdua akn berurusan dengan bos terus, tapi Cik Dina pun nak interview jugak ke?” Tanya Puan Lisa sambil menghalakan pandangannya kepada Irdayu.

Irdayu dan Shaz kebingungan dan berpandangan sesame sendiri. Ayu menggarukan kepalanya yang berlapik dengan tudung walaupun tidak gatal, keliru mereka dengan apa yang terjadi hari ini.

            “hah, emm.. Puan Tanya siapa ye, sebab antara kami berdua tak de yang nama Dina”. Terang shaz kepada wanita itu.

            “eh, ni bukan cik dina ke?”.jari telunjuknya dihalakan kepada ayu.

            “bukan saya irdayu, wan irdayu tapi puan boleh panggil saya ayu je”.

            “saya shazlina Imani panggil shaz je”

            “oo,saya Alisa dan awak berdua boleh je panggil saya kak lisa, macam formal sangat pulak kat pejabat ni ada orang panggil saya puan hehe”. Jelas kak lisa sambil matanye masih tidak lepas dari memandang wajah ayu. Jelas kehairanan dan kebuntuan disitu dan bukan hanya dia ayu juga turut binggung dengan semua ini.

            “oh, by the way em.. tunggu kat ruangan menunggu tu kejap ye, akak nak masuk bilik bos kejap”.

Habis sahaja ayat kak lisa, ayu dan shaz terus sahaja ke ruangan menunggu yang di tunjukkan oleh kak lisa itu. Selang beberapa minit shaja, kak lisa datang untuk memanggil mereka ke bilik bos untuk di interview.

No comments:

Post a Comment