Bab 1
            Macam-macam dah aku berusaha untuk masuk Universiti, akhirnya apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Tapi, adakah sesenang itu untuk aku ke universiti? Tidak, sebenarnya banyak liku-liku cabaran yang harus aku lalui. Aku merupakan seorang anak nelayan kampung yang bercita-cita tinggi untuk mengubah nasib keluargaku menjadi lebih baik.

            “Hah, ayu kau buat apa kat sini?” sergah seseorang yang sangat aku kenali dari belakang.

            “tengah cari ilham nak cari duit, kaukan tahu belanja untuk aku ke universiti tu mahal”.

Shazlina Amani, seorang sahabat yang sangat memahami penderitaan hidup aku sekeluarga dari dulu sehingga kini. Dia ku kenali semenjak aku berusia 7 tahun lagi ketika semua pelajar tahun 1 Merah tidak seorang pun yang suka bergaul dengan pelajar yang miskin sepertiku tapi dia memandangku seperti kanak-kanak biasa yang punya segala-galanya walaupun aku banyak kekurangan.

            “kau nak cari kerja?” aku hanya mengangguk tanda mengiyakan apa yang disoal kepadaku tadi.

“emm, papa aku kata, kat tempat kerja dia ada kerja kosong. Dia orang nak cari pekerja sebagai kerani yang tahu fasal komputer, kira kerja menaip la, kau pandai tak?” soalnya kepadaku.

            “pandai, tapi kerja kat mana ofis eh?”

“yalah, tapi ofis tu besar tau nanti boleh la kau dapat gaji mahal, boleh la tampung kos pembelajaran kat U nanti”.

Cadangan bernas dari shaz aku terima dengan senang hati, kerana bagiku setiap kerja akan beri kita rezeki dan in sha allah akan dapat menampung pembelajaran aku juga nanti. Perkara ni juga akan aku Tanya dekat Wan dan nak tegok apa respond Wan kalau ok Alhamdulillah dapat lah aku bantu Wan kalau tak ok emm… tak dapat la nak bantu Wan.

Lamunanku terhenti apabila aku perasan ada tangan yang melambai-lambai  dekat dengan wajahku.

            “kau kenapa ni terkejut aku, main lambai-lambai tangan kat muka orang plak sesedap tangan dia aje”. Marah Ayu kepada Shazlin.

“dah aku ni dok pot pet pot pet sorang-sorang macam bercakap dengan tunggul pulak, kau asyik mengelamun tak tentu hala, dah sampai Amerika ya cik kak hahahaha…”

“tak de lah, baru New Zealand, tapi tangan kau kacau em.. tak sampai le nampaknya aku ke Afrika pulak”. Ucapku hanya berseloroh dengan shaz.

Shaz sememangnya seorang yang kuat mengusik dan kuat bercakap dan kalau nak tahu kalau dia bercakap, tak akan pernah akan berhenti sehingga aku katakan “dah-dah la tu shaz muak dah aku”, dan masa tu mukanya akan ditarik 14 masam dan akan merajuk denganku sehingga aku memujuknya semula.

            “ha, jadi tak ni dan satu lagi aku nak ingatkan nanti kalau kau kerja, jangan pulak kau nak mengelamun macam tadi, jenuh la kena marah kat bos”. Nasihat itu ku pegang kerana takut ia akan menjadi kenyataan.

            “thanks shaz, kau dah banyak tolong aku, macam mana aku nak balas jasa baik kau ni pada aku, tak terbalas jasanya.”hanya ucapan terima kasih yang mampuku beri kepada shaz atas jasanya yang selama ini banyak membantu aku saat susah dan senang.

            “kau ni, jangan la cakap macam tu, terharu pulak aku. Tak payah la nak thanks sangat sebab bukan aku pun yang bagi kerja kat kau, tapi bos papa aku jangan salah faham hahaha”.

Kami berpelukan di tepi pantai ini, aku tahu shaz sahabat yang tak akan pernah lupa untuk membantu sahabatnya walaupun kami sama-sama dari keluarga yang dikira sederhana sahaja.

            “okey, dah cukup… aku tak leh nafas ni, lepaskan aku” tiba-tiba shaz menjerit mahu aku melepaskannya dari pelukanku. Aku juga sudah faham benar dengan telatahnya yang tidak suka apabila dirinya berada dalam keadaan kelemasan.

            Akhirnya kami sama-sama melepaskan rangkulan pelukan tadi, aku hanya tergelak kuat apabila shaz mempamerkan wajah masamnya kepadaku.
            "dah la tu, jom balik.. aku nak kena pergi kebun lagi nak cakap dekat wan pasal hal kerja ni, nak pujuk lagi... banyak kerja lagi ni.. jom balik". kata ayu sambil mengheret tangan shaz agar berjalan seiring dengannya kerana shaz masih lagi diam membatu di situ.
           Mereka berjalan beriringan sambil merencanakan perihal interview esoknya.
 

No comments:

Post a Comment