BAB
2
“Wan, wan,wan…..oooo…wan, wan kat
mana ni cepatlah wan orang nak bagi tahu sesuatu ni”.
Wan merupakan panggilan atau gelaran
yang Ayu sekeluarga beri untuk ayahnya.
Kalau orang lain dengan panggilan ayah,papa atau daddy, Ayu hanya selesa
memanggil ayahnya dengan gelaran wan kerana keturunannya berasal dari keturunan
WAN.
“iya, wan kat sini… ada apanye
sampai tak menyempat-nyempat sampai dekat wan dah menjerit-jerit panggil nama
wan ni, wan tak pernah ajar anak-anak wan macam tu” bebel Wan Irham kepada anak
daranya yang satu itu.
“hehehe, jangan la marah wan ayu
gurau je pun” sambil menggaru kepala yang sememangnya tidak gatal.Wan Irham
kalau membebel sememangnya boleh kalah isterinya di rumah. Wan Irham sangat
menjaga adab dan sopan satun anak-anaknya kerana tidak mahu anaknya digelar
kurang ajar atau kurang adab oleh orang kampung.
“tak, tadi Ayu ada bincang-bincang
sikit dengan Shaz, kawan ayu tu wan pasal kerja dan pasal nak sambung belajar
ni. Lepas tu dia bagi tahu dekat ofis papa dia nak pakai orang kerja, jadi……
boleh tak ayu nak kerja wan”. Jelas ayu dengan keadaan takut-takut kepada
ayahnya. Walaupun Wan Irham baik dengan anak-anaknya, tetapi dengan ayu dia
harus berkeras sedikit kerana perangai ayu yang sangat nakal. Tetapi dalam
semua hal, kebiasaannya Wan Irham sentiasa kalah dengan anak daranya yang
sorang ini.
Ayu setia menunggu jawapan dari Wannya
itu, sambil menuang air yang di bawa oleh Wannya ke ke kebun lalu dihulurkan
kepada Wannya tanda mengambil hati. Wan Irham sangat memahami gejolak hati
anaknya ini kerana keluarganya bukanlah berasal dari golongan yang berduit.
“ayu nak kerja nak buat apa? Wan kan
ada, wan mampu lagi nak tanggung anak-anak wan. Pasal ayu nak sambung belajar
pulak jangan lah ayu risau wan akan usaha macam mana cara sekali pun biar ayu
dapat belajar”. Kata Wan Irham sambil menggosok kepala anaknya itu.
“tapi, ayu kesian kat wan… boleh la
wan ayu nak tolong wan, lagi pun bukan Ayu suka-suka nak kerja, tapi cari duit untuk ke
universiti jugak wan, boleh la, boleh la”. Rayu ayu.
Ayu tahu Wannya sangat mengambil
berat tentang anak-anaknya, dan ayu hanya ingin meringankan beban Wannya itu.
“boleh la wan erk.. ayu nak tolong
wan, boleh erk ayu kerja dengan shaz”. Ayu terus-terusan memujuk Wannya dengan
menggoncang-goncang tangan ayahnya seolah-olah anak kecil yang mahukan
gula-gula daripada ayahnya.
Lama Wan Irham berfikir untuk
melepaskan anak daranya itu. Walaupun keberatan cadangan Ayu harus
dipertimbangkan kerana dia juga tahu biaya untuk masuk ke universiti
sesungguhnya memerlukan kewangan yang banyak dan dengan hasil berkebun sahaja
tidak akan cukup untuk pembayaran pendahuluan yuran Ayu.
“ayu boleh kalau nak kerja, tapi ayu
kena janji dengan wan satu benda, boleh?”
“boleh, apa dia wan. In sha allah,
kalau ayu mampu janji ayu janji.”
Sambil
tersenyum ikhlas Wan Irham memeluk bahu anak daranya itu, sambil membawa ayu
berbual-bual sambil berjalan untuk pulang ke rumah.
“ayu… kena janji dengan wan, jaga
diri elok-elok dan ingat apa yang wan ajar selalu ye… jika kita sopan dan
hormat orang in sha allah, orang akan hormat kita juga. Lagi satu, Ayu kalau
dah kerja ingat jangan lupa pada ALLAH, apa yang dituntut kena buat dan jangan
lupa kena jujur dengan setiap apa yang kita buat sebab Allah akan nilai dan
catat apa yang kita buat tu. Ingat haaa, boleh janji tu dengan wan?:”
“in sha allah, ayu janji dengan wan.
Ayukan anak wan yang paling dengar cakap wan dan anak yang paling comel. Betul
tak wan?”. Kata ayu tersengih sambil berjalan untuk pulang ke rumah dengan
perasaan gembira, kerana cadangannya untuk bekerja diterima baik oleh Wan.
~~~~~~~~~~
“mak tengok sape dah balik ni,
wan bawak isteri muda dia balik mak. Cepat la mak mai tengok ni.. bukan main lagi peluk-peluk depan tangga
ni mak”. Laung Irma anak keemapat Wan Irham dan Azizah setelah telihat kelibat Wannya
dan Irdayu pulang dari kebun sambil tangan ayahnya berada di bahu si adiknya.
Wan Irdayu dan Wan Irma kalau
berjumpa bagaikan tom and jerry asyik
bergaduh saja, tapi hanya gaduh-gaduh manja kakak dan adik. Irdayu lebih rapat
dengan anak ketiga Wan Irham, Wan Iriza yang digelar Kak Cik bagi mereka
adik-beradik.
“ala, mak kakak tu jealous ngan ayu
mak. Dia mana boleh tengok ayu ngan wan jalan macam ni. Wekkkss, the jealous
girl hahahaha.” Irdayu menjelirkan lidahnya sambil berlari anak masuk ke dalam
rumah. Dia tahu jika dia tidak berlari sudah tentu kakaknya itu akan mengejarnya
juga lebih baik dia lari.
Dalam keenam-enam anak Wan Irham
irdayulah yang paling nakal Antara mereka adik-beradik. Dialah juga yang banyak
membuat ayahnya marah, akibat perangainya yang sangat nakal dan suka menyakat
kakak-kakaknya sehinggakan tercetus pergaduhan Antara mereka adik-beradik.
Tetapi, itulah yang menjadi resepi kebahagian mereka sekeluarga, jika tiada
irdayu semestinya rumah mereka akan sunyi tanpa gurau sendanya.
“Ayu baik kau keluar, kau panggil
akak apa tadi. Ooo, mentang-mentang aku kurang pandai Bahasa orang putih ni,
kau cakap Bahasa orang putih ngan aku ya. Siap kau ayu.” Marah Irma sambil
menahan gelaknya, dia tahu pasti irdayu akan meniru cara percakapannya di dalam
biliknya itu.
“emm..emm..emm, korang ni kalau
sehari tak begaduh tak sah ye? Kerja begaduh aje wan kawinkan dua-dua ni dengan
si bidin anak mak lemah baru korang tahu”. Marah wan kepada kedua-dua anaknya
dengan nada bergurau.
Terdengar sahaja ayat itu keluar
daripada mulut ayahnya, ayu segera keluar dari bilik untuk menyangkal perkara
nikah kawin ni. Dia sememangnya kurang senang jika berbicara soal kahwin kerana
baginya masa remajanya perlu digunakan sebaik mungkin untuk bantu keluarga.
Bagaimana pula mahu menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.
“wan, kalau bab kawin-kawin ni serah
kat akak dia pun dah tua wan tak kawin-kawin lagi ish. Apa nak jadi dengan kau
ni kak umur dah meningkat tapi tak jugak kawin-kawin. Lelaki mana la yang
malang nanti kalau kawin ngan kau kan kak..hahahah” tergelak sakan Wan Irham
mendengar kata-kata pedas yang keluar dari mulut anak kelimanya itu.
Semamangnya betul umur Wan Irma
sudah berganjak ke angka 25 tahun tapi teman lelaki masih lagi tidak ada, bagi
Irma bercinta selepas nikah adalah lagi bahagia daripada bercinta sebelum nikah
yang kita tidak akan tahu penghujungnya di mana adakah berkahwin ataupun
berpisah dan baginya juga bercinta sebelum nikah itu berdosa kerana ia dilarang
dalam agama kita sebab itulah dia masih tidak berjumpa dengan gerangan lelaki
yang sesuai dengannya. Bukannya dia memilih tetapi dia lebih suka yang mengikut
ajaran islam yang sebenar.
“woi,kak mengelamun kau ye… hehe,
ingat abang bidin ye,.. hahaha??? Riuh-rendah rumah Wan Irham dengan gelagat
anak-anak yang tidak habis-habis menyakat sesama mereka, Irdayu kalau sehari
tak menyakat kakaknya sememangnya tidak sah. Itulah yang dikatakan keluarga
bahagia walaupun susah melalui kewangan tetapi kaya dengan keharmonian keluarga
dan kesopanan yang diterapkan dalam diri sejak kecil.
Ketawa mereka reda apabila
Pn.Azizah yang merupakan emak mereka keluar daripada dapur sambil mengemas
ruangan makan untuk mereka. Walaupun,makanan bukanlah terletak diatas meja,
hanya beralaskan tikar mengkuang tetapi hidup keluarga mereka sangat bahagia
dan harmoni dengan gelagat masing-masing yang tidak terjangkau dek akal bila
sampai tahap gila-gila mereka.
Irma dan Irdayu cepat-cepat
mendapatkan emak mereka untuk bersama-sama mepersiapkan tempat untuk mereka
makan bersama.
“mak buat gulai tempoyak, wah
bestnye..”
“memang ar mak buat dengan akak
kau yang cantik ni la tadi”. Jelas Irma sambil mendabik dadanya di depan Ayu.
“thanks mak, macam tahu-tahu je
Ayu dah lama nak makan gulai tempoyak”
“eh,ebreting mak know la my son”. Kata-kata mak cik ijah membangkitkan
kembali tawa mereka yang sememangnya sudah reda itu. Dengan loghat omputeh yang
tak berapa putih itu makcik ijah sentiasa dengan wajah selambanya untuk belajar
Bahasa inggeris walaupun dia kurang faham apa yang dikatakan itu.
“mak… wah dasyat ye sekarang ni
mak ayu, dah boleh specking London.. ha.. kak kau ada?”
“wei, kau jangan nak
merendah-rendahkan darjat kakak kau yang sememangnya rendah ni ye, aku pun tau
la sikit-sikit”
“apa yang kau tahu kak?”
“tahu la,what is your name, what can I do for you,I love you”
“tahu la,what is your name, what can I do for you,I love you”
“hah, kalau yang tu mak dengan
wan pun tahu, betul tak mak wan?”
“dah, dah, dah.. jangan nak
bergaduh depan rezeki di sebabkan Bahasa omputeh yang wan kurang paham tu, ce
gunalah Bahasa melayu yang menjadi Bahasa kebangsaan Negara kita ni.”
Bebel
wan irham kepada anak-anaknya kerana dia tahu pertelingkahan dua anaknya ini
tidak akan berkesudahan kalau dia tidak membuka mulut. Sudahnya mereka semua
diam buat seketika akibat bebelan tadi.
“mak…. Ayu nak bagi tahu sesuatu
dekat mak ni”. ayu memecahkan keheningan mereka akibat bebelan tadi.
“emm.. amende?” Tanya mak cik ijah
sambil mengambil kuah gulai tempoyak lalu di dicurahkan dia atas nasi dalam
pinggannya.
“emm… e..esok ayu ada interview
kerja dekat Bandar mak” kata ayu sambil menyuapkan nasi kedalam mulutnya dengan
erlahan-lahan. Ayu tahu mesti emaknya tidak akan setuju dia bekerja kerana bagi
emaknya ayu masih lagi di bawah tanggungannya dan tidak perlulah untuk bekerja.
“kamu nak kerja apa ayu, kamu dah
tak nak belajar ke, tak kesian kat mak ngan wan selama ni dok cari rezeki nak
suruh kamu belajar sampai masuk Universiti????” bertalu-talu soalan keluar dari
mulut emaknya, membuatkan ayu terkedu tanpa jawapan. Tiba-tiba..
“ayu nak bantu kita jah, awak
tahukan biaya nak ke U tu mahal?”
Mak
cik ijah mengangguk-anggukkan kepala apabila terdengar suara suaminya
mendahului ayu dalam memberi penjelasan kepadanya.
“ayu dah bagi tahu saya dulu da saya
izinkan dengan beberapa janji yang dia dah janji dengan saya akan tunaikan
janji tu, kan ayu?” soal Wan Iham kepada ayu.
“ye, mak ayu dah janji dengan wan..
mak jangan la risau au buat semua ni nak bantu mak cari duit untuk wang
pendahuluan yuran ayu di sana nanti, ayu tahu bayaran yuran untuk kemasukan
pertama di U mahal mak, ayu tak nak mak dengan wan tak tidur siang malam
fikirkan biaya U ayu, ayu kesian dekat mak ngan wan, mak ngan wan tolong la
iznkan ayu kerja biar ayu dapat bantu mak ngan wan walaupun sikit”. Panjang lebar
penjelasan ayu kepada emaknya.
Suasana semasa makan hari ini
seketika menjadi hiba kerana penjelasan panjang ayu untuk membantu kedua
ibubapanya itu. Seketika kemudia…
“ye lah ayu, mak izinkan ayu kerja
tapi janji-janji ayu dengan wan jangan pernah ayu lupakan”
“in sha allah mak”. Ayu mengucup
lembut pipi emaknya. Terharu ayu mendengar restu yang diberikan oleh kedua
ibubapanya itu.Hanya kata in sha allah yang mampu terucap dibibir ayu waktu itu.

No comments:
Post a Comment